TAPAI PULUT merupakan sejenis makanan tradisional yang agak popular dan dihidangkan dalam majlis tertentu dinegara kita Malaysia dimana ia dahulu amat digemari dikalangan penduduk pantai timur terutamanya di Terengganu dan Kelantan tetapi kini sudah boleh dimakan di negari lain. Bagi penulis blog sering menikmati tapai pulut di benerapa buah restoren atau kedai makan di seluruh negara semasa makan tengahari yang ada diletakkan diatas meja. Selain daripada tapai pulut yang dibungkus dengan daun getah, ada juga tapai pulut yang dibungkus dengan daun pisang, daun hutan dan terkini banyak dikomersilkan didalam bekas plastik sahaja. Apa pun ia mudah dibuat sendiri dirumah asalkan mempunyai bahan yang mencukupu (termasuk ragi) dan pengalaman atau ilmu untuk membuatnya. Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah sama ada daripada bahan beras pulut putih atau beras pulut hitam dan pastinya bahan ragi. Beras pulut ini perlu dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian proses yang kritikal adalah apabila nasi pulut yang dicampur dengan ragi ini dibungkus di dalam daun khas (pelbagai jenis daun yang ada didaati disekeliling kampong) dan kemudiannya diperam atau ditapaikan (ferentation process) untuk selama beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam manis. Tapai pulut yang sudah sedia untuk dimakan ini biasanya 'berair' yang amat manis dan melekit. Di Melaka dimana penulis blog selalu jumpa makanan tapai pulut dan agar-agar merah ada dihidangkan dalam majlis jamuan perkahwinan kepada para tetamu. Memang menjadi kegemaran penulis blog untuk ujirasa tapai pulut jika ada dihidangkan didalam majlis perkahwian dimana sahaja. Artikel tengahari Selasa ini dalam blog "Anim Agro Technology" saya kongsikan maklumat mengenai tapai puut untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukkan pembaca blog semua.
kebaikan
Proses membuat tapai pulut sebenarnya satu proses yang sangat mudah dan ianya senang dilakukan sendiri dirumah. Bahan asas yang diperlukan adalah beras pulut - sama ada pulut biasa berwarna putih atau pulut hitam (1kg), Ragi, Daun Pisang atau Daun Getah (mengikut yang mana lebih mudsh didapati) atau bekas plastik sushi atau bekas plastik puding, besen serta lidi kelapa atau stapler (penggunaan stapler mudah tetapi tidak dibenarkan dibawah Akta Keselamatan Makanan). Cara membuat tapai pulut dengan membasuh sehingga bersih beras pulut dan direndam sebentar. Bagi mendapatkan hasil nasi pulut yang baik adalah disyorkan untuk mengukus beras pulut didalam pengukus sehingga cukup masak. Angkat nasi pulut tersebut dan dimasukkan kedalam besen untuk diuli. Kemudiaan di masukkan kedalam pengukus semula untuk dikukus bagi keli kedua pula sehingga lembut. Kemudian diangkat nasi pulut dan dimasukkan kedalam besen atau talam dan disejukkan untuk satu jangkamasa. Setelah dibiarkan selama 30 minit - 1 jam dan sudah sejuk maka ia sesuai untuk dibubuh ragi. Ragi perlu ditapis dan digaulkan sehingga merata diseluruh bahagian permukaan pulut. Sebaiknya diterbalikan adunan plut untuk ditaburkan lagi ragi agar semuanya terkena bahan ragi dengan baik. Bahan pembalut dari daun atau pun acuan plastik perlu dibersihkan dengan kain lap agar tidak akan berlaku pencemaran semasa penapaian. Ambil nasi puut yang sudah diragi dengan menggunakan sudu bersih dimasukkan kedalam pembalut daun atau bekas plastik dengan sukatan sesuai dengan saiz daun atau bekas plastik. Bungkusan daun dilipat kemas sebelum dicucuk dengan lidi kelapa (atau stapler) dan daun yang berlebihan dikemaskan dengan cara mengguntingnya. Proses penapaian dilakukan dengan mengisi semua tapai pulut tersebut didalam dulang atau besen besar dan perlu ditutup dengan dun berlebihan atau kain bersih atau bahan penutup lain yang sesuai (jangan kedap usara). Jangkamasa penapaian adalah sehari semalam TANPA diganggu dengan membukanya sebelum waktu tersebut kerana ia akan mengganggu proses penapaian. Apabila sudah jadi dilihat beras pulut berbau wangi, berair, tekstur yang lembut dan berwarna keputihan atau kehitaman yang enak baunya. Taai pulut ini suda boleh dihidangkan untuk dinikmati.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
webside link Terletak 30 minit dari Kangar, Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Memiliki banyak laluan y...
-
SWITZERLAND : Switzerland merupakan sebuah negara yang terletak di tengah Eropah. Negara ini memiliki banyak sejarah tersendiri. Penubuhan S...
No comments:
Post a Comment