Saturday, December 2, 2023
Gunung Tambuyukon
Gunung Tambuyukon merupakan gunung ketiga yang tertinggi.
Terletak di Sabah dan mempunyai ketinggian 2579-meter. Walaupun begitu, gunung ini tidak seperti gunung lain yang menjadi tarikan pendaki. Gunung ini sangat sunyi dengan kehadiran pendaki kerana gunung ini hanya membenarkan seramai 9 orang pendaki dalam satu masa.
Sekiranya anda ingin melakukan pendakian berkumpulan dengan rakan anda, anda perlu melakukan tempahan awal untuk memohon permit dari pihak Sabah Parks. Pendakian di sini juga tak kalah susahnya kerana perlu melalui jalan yang curam untuk mendaki mahupun ketika turun. Pendakian ke gunung ini memerlukan masa selama empat hari tiga malam.
BUKIT KATERI
Terletak 30 minit dari Kangar, Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Memiliki banyak laluan yang boleh dipilih untuk sampai ke puncak, tapi tidak bermakna ianya mudah didaki, Bukit Keteri ini sebenarnya salah satu daripada laluan pendakian yang paling mencabar di Asia.
Semua kesukaran yang dilalui sewaktu mendaki untuk sampai ke puncak bukit ini ternyata berbaloi-baloi, kerana sesiapa yang berjaya sampai ke puncak akan disajikan dengan panorama indah terutama sekali ketika waktu matahari terbenam.
GUNUNG KINABALU
Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dan salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara, dengan ketinggian mencapai 4.095 meter di atas permukaan laut. Terletak di Sabah, Malaysia Timur, gunung ini merupakan bagian dari Taman Kinabalu, yang juga merupakan Situs Warisan Dunia UNESCO.
Gunung Kinabalu memiliki nilai sejarah, keindahan alam yang luar biasa, serta keanekaragaman hayati yang melimpah. Di sekitar gunung ini terdapat berbagai jenis flora dan fauna yang unik, beberapa di antaranya merupakan spesies endemik yang hanya ditemukan di sana. Salah satu contohnya adalah Rafflesia, bunga terbesar di dunia yang tumbuh di hutan sekitar gunung.
-
webside link Terletak 30 minit dari Kangar, Bukit Keteri merupakan destinasi rock climbing yang terkenal di Asia. Memiliki banyak laluan y...
-
SWITZERLAND : Switzerland merupakan sebuah negara yang terletak di tengah Eropah. Negara ini memiliki banyak sejarah tersendiri. Penubuhan S...